This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek baik pulih akhir tahun

28/02/2008 Berita Harian

SEREMBAN: Dua projek perumahan terbengkalai, Taman Senawang Jaya Fasa 1C di Senawang dan Taman Pelangi di Sikamat, dekat sini yang sedang dipulihkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan siap hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Woo Ah Lek, berkata projek membina semula 96 unit rumah teres setingkat Taman Senawang Jaya Fasa 1C yang terbengkalai sejak 24 tahun lalu dijadualkan siap pada 26 Disember.

Katanya, kerja menyiapkan 305 unit rumah teres satu tingkat kos rendah dan 15 unit rumah teres setingkat kos sederhana di Taman Pelangi yang terbengkalai sejak 14 tahun lalu pula dijadualkan siap pada 9 Disember.

"Ini adalah bukti kerajaan negeri prihatin membantu rakyat mempunyai kediaman sendiri dan bagi mengelakkan pembeli menanggung kerugian lebih besar. Kos baik pulih kedua-dua projek berjumlah RM26.27 juta ditanggung SPNB dan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat perkembangan pembinaan kedua-dua projek itu yang turut disertai Pengurus Besar Bahagian Pelaksanaan Projek SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.

Selain memulihkan kedua-dua projek itu, Woo yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senawang, berkata kerajaan negeri turut berusaha memulihkan kira-kira 40 lagi projek perumahan terbengkalai di negeri ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.