This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Dua projek perumahan terbengkalai di NS dipulih
27/02/2008 Utusan Malaysia Oleh HUSSAINI AMRAN

SEREMBAN 26 Feb. - Projek perumahan Taman Senawang Jaya Fasa 1C di sini yang terbengkalai sejak 24 tahun lalu berjaya dipulihkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan dijangka siap Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Woo Ah Lek berkata, satu lagi projek perumahan Taman Pelangi yang turut terbengkalai sejak 14 tahun lalu juga berjaya dipulihkan dan dijadual siap Disember ini.

Menurutnya, ketika ini kerja pembinaan kedua-dua taman perumahan itu sedang giat dijalankan dengan Taman Senawang Jaya Fasa 1C telah bermula sejak 27 Jun 2007 dan Taman Pelangi pada 2 September tahun lalu.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gerakan negeri dan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Senawang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 berkata, kerajaan negeri dan SPNB telah berjaya mendapatkan kebenaran pembeli untuk mengambil alih pembinaan projek-projek perumahan tersebut.

''Ini mencakupi 96 unit rumah teres kos rendah satu tingkat di Taman Senawang Jaya Fasa 1C dan 305 unit rumah teres kos rendah satu tingkat serta 15 unit rumah teres kos sederhana satu tingkat di Taman Pelangi.

''Pembeli hanya perlu membayar kepada SPNB mengikut harga asal," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di dua kawasan berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri Sikamat, Datuk Md. Yusop Harmain Shah dan Pengurus Besar Bahagian Pelaksanaan Projek SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.

Ah Lek berkata, pembeli hanya perlu membayar kira-kira RM25,000 untuk unit rumah kos rendah dan kira-kira RM65,000 untuk unit rumah kos sederhana di kedua-dua taman perumahan berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri dan SPNB telah menanggung tambahan kos sebanyak RM26.2 juta untuk membina semula dan memulihkan projek perumahan terbengkalai di kedua-dua taman tersebut.

''Sukar untuk kita mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju projek perumahan terbabit kerana mereka telah pun gulung tikar dan tidak dapat dikesan," jelasnya yang akan mempertahankan DUN Senawang yang dimenanginya pada tahun 2004.

Ah Lek berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan bertindak secara proaktif berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh pembeli projek perumahan terbengkalai di sini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.