This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

CF rumah diberi tempoh terdekat
28/02/2008 Utusan Malaysia


SEREMBAN 27 Feb. – Sebanyak 1,000 pembeli rumah di Taman Desa Rhu 2 di sini bakal menduduki rumah mereka apabila sijil layak menduduki (CF) rumah itu diberikan dalam tempoh terdekat ini.

Menurut calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Md. Yusop Harmain Shah, beliau akan menyegerakan CF projek perumahan tersebut sekiranya diberi mandat oleh pengundi kawasan itu sekali lagi.

“Ini adalah berita baik untuk pembeli rumah terbabit. CF itu diharapkan dapat diberikan kepada pemaju tahun ini bagi membolehkan penduduk masuk ke rumah mereka.

‘‘Ini berikutan dengan keputusan kerajaan negeri meluluskan peruntukan kira-kira RM600,000 untuk pembinaan kolam kumbahan baru di kawasan perumahan itu,” kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Md. Yusop juga memberitahu, beliau sentiasa bersikap prihatin dan proaktif terhadap masalah yang dihadapi oleh pembeli di projek perumahan lain yang terbengkalai di kawasannya di samping menyelesaikan masalah rakyat yang lain.

Sebagai contoh, baru-baru ini, beliau yang juga Penasihat Persatuan Kebajikan Teksi dan Kereta Sewa Bekas Perajurit berjaya menyelesaikan penantian selama 17 tahun pemandu teksi persatuan itu untuk memiliki permit kenderaan pengangkutan awam pada 18 Februari lalu dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kata beliau, walaupun kawasan tersebut merupakan kubu kuat BN dan tiada isu besar buat pembangkang, beliau tidak mahu mengambil mudah sebaliknya terus bekerja keras berkempen menyampaikan maklumat manifesto BN yang jelas kepada rakyat.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.