This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tribunal selesai 937 kes tuntutan pembeli rumah
16/01/2008 Berita Harian Sabah &Sarawak: Oleh Johary Indan

Penubuhan TTPP Sabah Ogos lalu bagi pastikan industri berkembang, rakyat dapat kediaman selesa

TUARAN: Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan (TTPP) Sabah yang ditubuhkan Ogos lalu berjaya menyelesaikan dua pertiga daripada 2,812 tuntutan dan aduan pembeli rumah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor, berkata antara tuntutan berkenaan ialah kualiti kerja yang rendah dan tidak menepati perjanjian jual beli rumah.

"Tuntutan bukan teknikal pula ialah pampasan kerana rumah lewat diserahkan pemaju kepada pembeli," katanya selepas majlis penyerahan alat pemadam api kepada penduduk Kampung Mengkabong dan Penimbawan, di Balai Bomba Tuaran, di sini, kelmarin.

TTPP adalah badan berkecuali diwujudkan melalui pindaan Enakmen Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978 Pindaan 2005.

"Bulan ini saja, tribunal itu akan mendengar 17 kes yang diterima daripada pembeli rumah di negeri ini," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.