This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Selangor Selesai Tunggakan Empat Bidang Urusan Tanah Sehingga 31 Dis 2007

07/01/2008 Bernama

SHAH ALAM, 7 Jan (Bernama) -- Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap arahan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan tunggakan empat bidang urusan tanah pada akhir tahun 2007 dalam usaha untuk penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan.

Bidang-bidang urusan tanah yang terlibat ialah pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga, pemberimilikan tanah, pendaftaran dan pengeluaran hakmilik strata dan penukaran hakmilik sementara ke hakmilik kekal, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar.

Menurut kenyataan itu, sehingga 31 Disember 2007 sebanyak 533,176 (99.99%) dari 533,216 perserahan urusniaga dan bukan urusniaga telah didaftarkan. Bagi permohonan pemberimilikan tanah sebanyak 49,163 (99.78%) dari 49,269 permohonan telah selesai diproses. Manakala bagi dua bidang urusan lagi iaitu pendaftaran dan pengeluaran Hakmilik Strata sebanyak 2,451 skim (56.06%) dari 4,372 skim telah didaftarkan hakmiliknya dan bagi pendaftaran penukaran hakmilik sementara ke hakmilik kekal sebanyak 858,118 (80.25%) dari 1,069,305 hakmilik telah didaftarkan.

Baki hakmilik strata yang belum didaftarkan iaitu sejumlah 1,921 skim (43.94%), sebanyak 360 skim memerlukan pemaju mematuhi keperluan proses kelulusan pecah bahagi bangunan serta 597 skim memerlukan pemaju menjelaskan bayaran fi yang dikenakan. Manakala 23 skim menunggu keputusan penyelesaian kes mahkamah. Baki 941 skim hakmilik strata lagi memerlukan penyelesaian dengan Jabatan Teknikal yang berkaitan sebelum hakmilik strata dapat didaftarkan.

Bagi penyelesaian baki pendaftaran penukaran hakmilik sementara ke hakmilik kekal baki sejumlah 211,187 (19.75%) melibatkan 81,495 hakmilik tidak dapat dikesan fail asalnya. Ini memerlukan ketelitian serta masa untuk semakan dan membuka fail pendua bagi mengelak berlaku kesilapan.

Manakala sejumlah 47,966 hakmilik memerlukan tindakan susulan Pentadbir Tanah dengan Pemaju untuk mendapatkan Pelan Pra Hitungan bagi tindakan pemadanan lot untuk proses pendaftaran hakmilik. Baki sejumlah 81,726 hakmilik sementara yang belum didaftarkan adalah memerlukan penyelesaian di peringkat Jabatan Teknikal sebelum penukaran hakmilik kekal dapat didaftarkan.

Menurut kenyataan itu, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha secara giat dan menjangka akan dapat menyelesaikan kesemua baki tunggakan tersebut selewat-lewatnya pada 30 Jun 2008 (kecuali bagi kes yang masih melibatkan mahkamah) ke arah menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan termasuk orang awam dan sektor swasta bagi mencapai matlamat tersebut. Sebarang kemusykilan yang dihadapi berkaitan penyelesaian tunggakan urusan tanah di atas, bolehlah berhubung terus dengan pegawai-pegawai berikut:

1. Encik Abd. Nasir bin Hassan
Pengarah Tanah dan Galian Selangor
Tel: 03- 55447801
Emel: abdnasir@selangor.gov.my

2. Puan Zabidah binti Awang
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Selangor
Tel: 03- 55447803
Emel: zabeadah@selangor.gov.my

3. Tuan Zulkepli bin Ahmad
Pegawai Daerah Petaling
Tel: 03-56342020
Emel: zulkepli@selangor.gov.my

4. Tuan Bakhtiar bin Hussin
Pegawai Daerah Klang
Tel: 03-33718030
Emel: bakh@selangor.gov.my

5. Tuan Nor Hisham bin Ahmad Dahlan
Pegawai Daerah Hulu Selangor
Tel: 03-60641258
Emel: nor_hisham@selangor.gov.my

6. Tuan Huzaini bin Samsi
Pegawai Daerah Gombak
Tel: 03-61311018
Emel: huz@selangor.gov.my

7. Tuan Zainal Abidin bin A’ala
Pegawai Daerah Hulu Langat
Tel: 03-89251988
Emel: zainalabidin@selangor.gov.my

8.Tuan Mohd Amin bin Ahmad Ahya
Pegawai Daerah Sepang
Tel: 03-87061001
Emel: mohd_amin@selangor.gov.my

9. Tuan Asmawi bin Kasbi
Pegawai Daerah Kuala Langat
Tel: 03-31871225
Emel: asmawi@selangor.gov.my

10. Tuan Haji Ab. Malek bin Haji Mohd. Amin
Pegawai Daerah Kuala Selangor
Tel: 03-32891355
Emel: malek@selangor.gov.my

11. Tuan Marzuki bin Hussin
Pegawai Daerah Sabak Bernam
Tel: 03-32241970
Emel: marzukihussin@selangor.gov.my

-- BERNAMA

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.