This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Peraturan elak belakang rumah gelap
25/01/2008 Berita Harian

MELAKA: Semua pemaju perumahan dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) wajib menyediakan suis soket elektrik di bahagian belakang bangunan rumah yang akan dibina bagi memastikan kawasan itu sentiasa terang pada waktu malam apabila pembeli mendudukinya kelak.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zaini Md Nor, berkata arahan yang mula berkuat kuasa pada tahun ini itu adalah sebagai peraturan baru untuk kemudahan pembeli yang mahu menyambung atau memasang lampu bagi memastikan kawasan belakang rumah mereka sentiasa terang pada waktu malam.

Beliau berkata, sebelum ini, pembeli terpaksa memasang sendiri atau mengupah juru elektrik persendirian atau swasta untuk melakukan kerja penambahan suis berkenaan.

"Peraturan yang ditetapkan MBMB ini diharap dapat membantu mengatasi masalah kawasan belakang rumah pembeli yang gelap seperti sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Hi-Tea bersama Kelab Media Massa Melaka (KEMM) di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Yang Dipertua KEMM, Sha'rin Sahad dan Setiausaha, Masni Ros Pakir Mohamad.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zaini berkata, beliau turut berpuashati dengan semua pengamal media di negeri ini kerana berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai terutama untuk tidak membuang sampah sesuka hati.

Katanya, sebelum ini media massa sering melaporkan berita yang menyalahkan pihak MBMB jika sampah sarap bertaburan atau berlonggok di tepi jalan tetapi sebenarnya perkara itu dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.