This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli rumah kecewa
23/01/2008 Harian Metro Oleh Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Penantian 1,000 pembeli kediaman di Taman Cahaya Kota Putri, Masai, bagi berpindah ke kediaman yang dibeli enam tahun lalu jelas menghampakan apabila projek perumahan masih terbengkalai dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Lebih mengecewakan apabila pembeli kediaman berkenaan buntu dengan nasib dialami kerana bukan saja terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan, mereka juga perlu membiayai kos sewa rumah berikutan tidak dapat berpindah ke kediaman itu.

Juruteknik, Chin Kin Seng, 43, berkata masalah yang dialami pembeli kediaman berkenaan tiada kesudahan berikutan sikap berdolak-dalik pemaju mahupun institusi kewangan terbabit untuk meneruskan projek itu.

Beliau berkata, keluarganya terpaksa berputih mata apabila menjelaskan deposit kediaman dan ansuran pinjaman bank sejak beberapa tahun lalu biarpun projek itu masih belum diteruskan sehingga kini.

Menurutnya, baru-baru ini, pembeli kediaman difahamkan pihak bank akan melantik pemaju baru bagi mengambil alih projek perumahan itu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.