This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Hanya PBT berhak buat keputusan - Yap

04/01/2008 Sinar Harian

 

Serdang - Ahli Parlimen Serdang Datuk Yap Pian Hon menegaskan bahawa tiada pihak yang berhak menentukan siapa yang berhak menentukan siapa ketua dalam persatuan penduduk di sesebuah kawasan perumahan tanpa mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu berhubung dakwaan penduduk di sebuah pangsapuri kos rendah di Desa Serdang mengenai wujudnya individu yang mengaku dirinya  sebagai wakil serta memungut bayaran bulanan.

 

"Jika aduan it benar, individu terbabit boleh dikenakan tindakan kerana ia tidak mengikut syarat yang termaktub di bawah Rang Undang-Undant Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan).

 

"Pelantikan sebagai wakil penduduk di situ dianggap tidak sah kerana ia membelakangkan persetujuan bersama seperti mana yang telah ditetapkan dalam syarat terbabit," katanya ketika diminta mengulas laporan yang dikeluarkan Sinar Harian kelmarin mengenai masalah berkenaan.

 

Katanya, mengenai pungutan bayaran yang menurut penduduk dibuat setiap bulan dengan jumlah RM5, setiap pembayaran berkaitan perlu disertakan dengan penyata kira-kira sebagi rekod kewangan persaturan itu sendiri.

 

Jelasnya, beliau turut terkejut selepas dimaklumkan penduduk mengenai hal itu dan kecewa kerana situasi sedemikian sedikit sebanyak menyebabkan hubungan antara jiran di situ semakin tergugat.

 

"Saya difahamkan penduduk yang tidak membuat bayaran tersebut di pulaukan dari sistem kejiranan di sini dan perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah penempatan.

 

"Bagi memastikan perkara ini tidak berpanjangan, kami akan segera menyiasat bagi mengelak berlakunya ketidakadilan kepada penduduk," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.