This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

92 pembeli saman PKNS

12/01/2008 Utusan Malaysia Oleh Norazlita Mohd. Sies

SHAH ALAM 11 Jan. – Seramai 92 pembeli hartanah di Seksyen U12, Desa Alam (dahulunya Shah Alam Utama) di sini hari ini memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM4.1 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) setelah dikatakan terlewat setahun 11 bulan untuk menyerahkan rumah yang dibeli.

Saman tersebut difailkan oleh peguam Nik Mohd. Anuar Badiruddeen yang mewakili mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada pukul 10 pagi ini.

Proses memfailkan writ saman tersebut memakan masa lebih sejam memandangkan terdapat banyak dokumen yang perlu ditandatangani oleh plaintif. Lebih kurang 70 peratus daripada plaintif, bertugas sebagai pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut pernyataan tuntutan, kesemua plaintif membeli rumah teres dua tingkat jenis RT2 yang setiap sebuah bernilai RM231,620.

Plaintif menyatakan, defendan sebagai pemaju dan penjual hendaklah menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut dengan dilengkapi bekalan air dan elektrik sebelum 12 Disember 2005 (tarikh luput penyerahan milikan kosong).

Berdasarkan peruntukan di bawah Fasal 23(2) Perjanjian Jual Beli menyatakan sekiranya penjual gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian (jual beli) maka penjual bertanggungjawab membayar kepada pembeli 10 peratus daripada Harga Belian Hartanah dari tarikh luput penyerahan milikan kosong hartanah tersebut.

Defendan hanya menyerahkan milikan kosong berserta bekalan air dan elektrik pada 20 November 2007.

Oleh itu, plaintif berpendapat defendan hendaklah membayar ganti rugi Lewat Serah Milikan Kosong Hartanah (berserta bekalan air dan elektrik) sebanyak RM44,929.68 bagi setiap seorang plaintif.

Plaintif juga menuntut faedah ganti rugi lewat serah milikan kosong pada kadar lapan peratus setahun dari tarikh 20 November 2007 sehingga tarikh penyelesaian penuh berserta lain-lain relif.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.