This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPNB siap 19,895 rumah terbengkalai
10/06/2007 Berita Harian

SHAH ALAM: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sehingga kini menyiapkan 19,895 unit rumah terbengkalai di seluruh negara, kata pengerusinya, Datuk Azian Osman.

Beliau berkata, pihaknya yang bertanggungjawab mengambil alih projek perumahan terbengkalai juga dalam proses membaik pulih lima projek perumahan membabitkan 2,874 unit rumah dengan kos pembinaan RM117.3 juta.

Katanya, pelaksanaan 17 projek lagi membabitkan pembinaan 3,566 unit rumah dimulakan tidak lama lagi.

"Buat masa ini, SPNB diarahkan membaik pulih 58,245 unit rumah membabitkan 189 projek," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai Bandar Pinggiran Subang yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, di sini, semalam.

Ia projek perumahan terbengkalai kelima di negeri ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB menerusi bantuan kewangan Kerajaan Pusat bagi membaik pulih 600 unit rumah pangsapuri kos sederhana membabitkan lebih RM21 juta.

Azian berkata, SPNB juga sehingga kini sudah membina 2,738 unit rumah mesra rakyat dan 2,220 lagi unit rumah sama yang dalam pembinaan termasuk di Sabah dan Sarawak.

Di Selangor, katanya, SPNB membina 216 unit rumah menerusi skim rumah mesra rakyat itu dan kini sedang membina 68 unit rumah.

Sementara itu, Dr Mohamad Khir berkata, ada 97 projek perumahan terbengkalai di negeri ini dan daripada jumlah itu, 18 projek sudah dibantu.

"Kita mengharapkan bantuan Kementerian Kewangan untuk bantu kita. Kerajaan negeri juga terpaksa mengurangkan kos infrastruktur bagi memastikan pemilik mendapat rumah yang baik.

"Pada masa sama, kita akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana projek disiapkan pemaju tidak mengikut standard," katanya.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.