This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Masalah siling bocor tak diatasi
06/06/2007 Berita Harian

JOHOR BAHRU: Penghuni pangsapuri Idaman Senibong Permas Jaya di sini kecewa sikap lepas tangan pengurusan bangunan dan pemaju dalam menyelesaikan masalah kebocoran siling kediaman mereka.

Lebih menyedihkan, keadaan yang berlanjutan lebih setahun itu memaksa penghuni pangsapuri terbabit menanggung sendiri perbelanjaan kos membaik pulih kerosakan yang sepatutnya ditanggung pemaju.

Berdasarkan terma dan syarat perjanjian jual beli unit pangsapuri berkenaan, sebarang kerosakan dalam 18 bulan selepas penyerahan kunci kepada pemilik akan ditanggung pemaju.

Penghuni pangsapuri itu, V Vellu, 36, berkata keselesaan keluarganya sudah lama terjejas apabila terpaksa berdepan masalah kebocoran siling sejak menduduki rumah itu lebih setahun lalu.

"Berikutan kebocoran ini, ada ahli keluarga saya terpaksa tidur di ruang tamu kerana khuatir siling akan roboh pada bila-bila masa saja selain air memasuki bilik tidur apabila hujan.

"Apabila hujan, sebahagian ruang bilik tidur akan basah. Sedih mengenangkan kediaman yang sepatutnya memberi keselesaan kepada kami walaupun tidak sampai dua tahun, sudah kelihatan seperti kediaman buruk," katanya.

Beliau berkata, selain perabot yang baru dibeli rosak akibat basah, mereka berhadapan risiko mengalami kejadian tidak diingini. Kami sekeluarga bertambah bimbang apabila air yang menitis dari siling terkena suis elektrik.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.