This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Wanita dakwa peguam tipu RM65,300
21/05/2007 Berita Harian

BAHAU: Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa penipuan peguamnya yang sehingga kini gagal menyerahkan RM65,300 hasil jualan sebuah rumah teres setingkat miliknya sejak urusan penjualan dan pengeluaran pinjaman bank diselesaikan Disember lalu.

Wong Yet Mey, 40, dari Taman Megah, di sini mendakwa menyedari ditipu selepas peguam berpejabat di Seremban memberikan nombor akaunnya kepada pembeli terbabit ketika menguruskan perjanjian jual beli kira-kira dua tahun lalu.

"Saya melantik peguam itu untuk menguruskan jual beli rumah saya yang ditetapkan pada harga RM67,000. Pembeli terbabit membayar deposit RM1,700 kepada saya sementara menunggu kelulusan pinjaman bank.

Wong berkata, beliau kemudian berjumpa peguam terbabit yang mengakui pinjaman sudah diluluskan sebelum diberikan cek RM56,000, tetapi gagal didepositkan kerana ia cek tendang. Pemeriksaan dengan pihak bank kemudian mendapati akaun peguam itu sudah lama ditutup.

"Saya berjumpa semula peguam itu dan sekali lagi dia mengeluarkan cek bernilai RM60,000, tetapi ia juga cek tendang. Menyedari ditipu, saya membuat laporan polis melalui bantuan seorang pemimpin tempatan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.