This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Melaka luluskan CCC ganti CF
06/04/2007 Utusan Malaysia Oleh MD. ZAN SAARI

MELAKA 5 April – Kerajaan negeri semalam meluluskan cadangan untuk melaksanakan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi menggantikan Sijil Kelayakan Menduduki (CF).

Turut diluluskan dalam mesyuarat Exco semalam ialah pelantikan Pesuruhjaya Bangunan (COB) di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, melalui CCC tanggungjawab untuk mengeluarkan CF akan berpindah kepada pihak profesional berkuatkuasa 12 April ini.

‘‘Mereka mempunyai kuasa untuk meluluskan aspek teknikal tanpa perlu merujuk kepada mana-mana jabatan kerajaan ,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagi pelantikan COB, beliau berkata, ia telah diwartakan dalam Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelengaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) pada 13 Februari lalu.

Katanya, dengan pelaksanaan akta tersebut, pengurusan rumah atau bangunan bertingkat yang memerlukan hak milik strata dapat diuruskan dengan lebih baik dan teratur.

Jelas beliau, perundangan sedia ada sebelum ini menetapkan bahawa pemaju bertanggungjawab dalam mengurus penyelengaraan, sebelum hak milik strata dikeluarkan serta diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan (MC).

‘‘Justeru, terdapat pemaju yang gagal menguruskan penyelengaraan bangunan dengan baik dan berlaku masalah penyelengaraan terutamanya di projek perumahan kos rendah dan sederhana,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.