This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MNKT Lulus Kaedah Baru Bagi Kelulusan Projek
23/03/2007 BERNAMA

MESYUARAT Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-57 DI Putajaya menggariskan satu kaedah baru bagi meluluskan projek-projek untuk pembangunan di sesuatu kawasan.

Dato’ Sri Najib Tun Razak berkata MNKT meluluskan kaedah baru itu untuk pembangunan, sama ada dari pihak kerajaan atau swasta termasuk projek perumahan dan pelaburan berimpak tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata kaedah baru itu, yang akan diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 13 April, bertujuan menggantikan kaedah sekarang yang mengambil masa terlalu lama untuk meluluskan pembangunan sesuatu projek.

"Berdasarkan kepada ketetapan Perdana Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telahpun mengkaji dengan mendalam satu sistem yang akan digunapakai untuk memproses tanah-tanah untuk pembangunan termasuk untuk projek perumahan.

"Mesyuarat hari ini meluluskan kaedah baru itu yang merupakan satu pemindahan paradigma dalam memproses permohonan untuk projek-projek pembangunan tanah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Dato’ Sri Najib berkata konsep dan perincian kaedah baru, yang sudah diterima dan diluluskan oleh semua kerajaan negeri, akan diterangkan oleh Dato’ Seri Abdullah kelak.

"Mereka (kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan) perlu mengambil beberapa tindakan prosedur sebelum Perdana Menteri mengumumkan sistem baru ini.

"Sistem baru ini akan membantu menyegerakan pelaksanaan pelaburan berimpak tinggi dan juga projek-projek yang berdasarkan kepada pembangunan bina dan jual," kata Dato’ Sri Najib.

Mesyuarat MNKT itu turut meluluskan pelantikan Yang di-Pertua pihak berkuasa tempatan sebagai Pesuruhjaya Bangunan di kawasan masing-masing.

"Ini adalah untuk membolehkan bangunan-bangunan diselenggarakan dengan baik. Pada waktu sebelum hak milik strata diluluskan, bangunan-bangunan ini boleh dikendalikan oleh Yang di-Pertua pihak berkuasa tempatan sebagai Pesuruhjaya Bangunan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.