This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

PM dijangka lancar CCC April
12/02/2007 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka melancarkan penggunaan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) menggantikan Sijil Layak Menduduki (CFO), April ini.

Selepas pelancaran, sistem baru penggunaan sijil itu yang pengeluarannya dikendalikan profesional membabitkan jurutera dan arkitek akan dikuatkuasakan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata Perdana Menteri juga akan diberi taklimat khas mengenai CCC yang disertai semua Menteri Besar.

Katanya, penyertaan Menteri Besar pada taklimat dan pelancaran CCC penting kerana pengeluaran CFO untuk bangunan sebelum ini adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Parlimen sudah meluluskan Rang Undang-undang Parit, Jalan dan Bangunan (Pindaan 2006) pada Disember tahun lalu yang merintis jalan ke arah memperkenalkan CCC menggantikan CFO.

“Kini kementerian sedang menunggu Rang Undang-undang berkenaan dan kita jangka pengunaan CCC dapat dikuatkuasakan April ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Masyarakat Penyayang MCA sempena Tahun Baru Cina di Taman Tasek Titiwangsa di sini, semalam.

Akhir November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-56 di Putrajaya, berkata rancangan pelaksanaan CCC diluluskan kerajaan menggantikan CFO yang dikeluarkan PBT sekarang serta menggalakkan pensijilan yang dikeluarkan profesional seperti arkitek dan jurutera.

Beliau berkata, pengunaan CCC akan berkuatkuasa seawal-awalnya dalam tempoh 18 bulan selepas semua akta itu diluluskan oleh Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ong berkata, pengunaan CCC itu juga dijangka dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan mengatasi masalah projek terbengkalai kerana sijil itu akan dikeluarkan oleh badan profesional, bukan lagi PBT.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.