This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

50 pemilik didakwa
10/02/2007 Harian Metro Oleh Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mendakwa 50 pemilik rumah kerana membenarkan kediaman masing-masing digunakan sebagai asrama pekerja asing di Kampung Ungku Mohsin, Tampoi di sini.

Ahli Majlis MBJB Zon Larkin, Adam Sumiru, berkata tindakan itu kerana sikap tidak bertanggungjawab pemilik rumah termasuk bersetuju kediaman mereka dijadikan sebagai asrama pekerja.

Beliau berkata, perbuatan itu seolah-olah mengetepikan nilai murni tempatan apabila membenarkan kediaman disalah guna sebagai asrama tanpa menitikberatkan keselesaan penduduk lain di kawasan perumahan terbabit.

Menurutnya, lebih mengecewakan, kebanyakan rumah yang digunakan sebagai asrama pekerja juga menempatkan pekerja asing lelaki dan wanita dalam kediaman sama di perkampungan itu.

Katanya, setiap rumah kampung yang disewa majikan pekerja asing diduduki kira-kira 50 sehingga 60 orang pekerja, manakala rumah diduduki pekerja wanita Vietnam turut didiami lelaki Vietnam.

“Apabila pemilik rumah membenarkan majikan menempatkan kumpulan pekerja asing itu, pelbagai masalah mula timbul sama ada membabitkan gejala sosial mahupun mengancam keselamatan penduduk kerana pernah berlaku beberapa pergaduhan.

“Malah, sesetengah pekerja warga Vietnam, Indonesia dan Nepal di sekitar perkampungan itu juga sering berpesta arak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Sementara itu, Adam berkata, tindakan mahkamah itu sebagai peringatan kepada pemilik kediaman lain supaya tidak sewenang-wenangnya menyewakan kediaman tanpa menyiasat tujuan penyewa pada masa depan.

Beliau berkata, rumah tidak sepatutnya beroperasi sebagai asrama pekerja kerana ia bukan saja menyalahi undang-undang, malah boleh menimbulkan masalah kepada penduduk di sekitar lokasi itu.

“Kami mengadakan perbincangan dengan polis berhubung masalah penduduk itu kerana tidak mahu sebarang masalah berlaku memandangkan kumpulan warga asing berkenaan masih menghuni di situ,” katanya.

Isnin lalu, akhbar ini melaporkan, perkampungan itu kini lebih sesuai bergelar ‘Kampung Antarabangsa’ kerana dicemari lebih 50 asrama haram yang menempatkan ribuan pendatang asing sejak kebelakangan ini.

Adam dipetik sebagai berkata, kewujudan asrama haram itu yang dihuni kira-kira 3,000 warga asing semakin membimbangkan kerana mereka didakwa menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk tempatan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.