This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

30 desak bayar pampasan
02/02/2007 Harian Metro Oleh Esther Loh En Fui

Penghuni bawah block C, D Flet Petaling Utama sudah tunggu lima tahun, RM7,000 dijanjikan pemaju

PETALING JAYA: Sebanyak 30 penghuni tingkat bawah blok C dan D Flet Petaling Utama di Jalan PJS 1/52, di sini mendesak pemaju kawasan perumahan itu menyegerakan bayaran pampasan sebanyak RM7,000 kepada mereka yang sudah tertangguh sejak lima tahun lalu.

Pampasan itu disebabkan pemaju mengenakan harga rumah yang sama untuk unit di tingkat bawah yang keluasannya 650 kaki persegi dengan unit tingkat atas yang berkeluasan 700 kaki persegi.

Setiausaha Persatuan Penduduk-Penduduk Kebajikan Blok C & D kawasan perumahan itu, Ismail Abdul Aziz, berkata pemaju menjanjikan bayaran itu tetapi sehingga kini ia belum dikotakan.

“Sudah 10 kali kami mengadakan dialog dengan pemimpin tempatan dan telah menghantar surat kepada pihak berkuasa tetapi kami masih belum menerima sebarang maklum balas daripada mereka,” katanya pada Mesyuarat Agong Kali Pertama persatuan itu di sini, baru-baru ini.

Beliau mencadangkan supaya persatuan melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan bagi pihak pembeli sekiranya pemaju tidak membayar wang pampasan itu dalam masa terdekat.

Selain masalah itu beberapa perkara yang turut dibangkitkan pada mesyuarat itu ialah sejak lima tahun lepas juga, penghuni di sini tidak mempunyai talian tetap telefon dan berharap pemaju menyegerakan perkara itu supaya penghuni mendapat talian telefon dan internet untuk tujuan pembelajaran anak-anak.

Ismail berkata, kanak-kanak di kawasan perumahan itu juga tiada tempat bermain menyebabkan mereka menjadi jalan raya sebagai kawasan untuk bermain.

“Tapak sudah disediakan tetapi tidak dimajukan dan tempat itu pula sudah dipenuhi semak samun dan sampah-sarap,” katanya.

Sementara itu Pengerusi MIC cawangan Jalan 1/52 PJ, Sendereprakasan berkata, ketiadaan tapak permainan menyebabkan kanak-kanak tiada tempat untuk beriadah.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.