This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Piket oleh penduduk Golden Villa
04/11/2007 Sinar Harian

Klang - Jumaat lalu, Sinar Harian menyiarkan tentang penduduk Golden Villa yang keluar beramai-ramai memproses tindakan pemaju, Chong Hin Development Sdn Bhd yang tidak membayar hutang sebanyak RM64,000 kepada SYABAS.

Akibatnya, penduduk menderita apabila pihak SYABAS memotong bekalan air sejak Isnin lalu dan kini penghuni di Golden Villa hanya mengharap air dari tangki simpanan untuk melakukan aktiviti seharian.

Isnin ini, penduduk akan mengadakan pula perhimpunan secara aman bagi membantah tindakan pemaju itu di hadapan pejabatnya di Jalan Istana, bermula jam 12 tengahari hingga 3 petang.

"Kita ingin menunjukkan rasa tidak puas hari penduduk ekoran kedegilan pemaju yang langsung tidak maju berbincang tentang perkara ini" urjar Pengerusi Penduduk Golden Villa, Maniam a/l Muniandy.

Beliau merujuk kepada sikap pemaju yang tidak menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mohd Jaid Ehsan dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Datuk Amzah Umar, pihak SYABAS seta wakil penduduk baru-baru ini.

"Mereka memang tidak bertimbangrasa, menindas kami yang bagaikan 'pelarian' sejak ketiadaan air di sini' ujar Maniam.

Dalam pada itu, piket itu juga bertujuan menunjukkan perasaan penduduk terhadap pemaju berkaitan pelbagai masalh antaranya ketiadaan Sijil Layak Menduduki (CF), masalah penyelenggaran dan yang paling membebankan penduduk, air yang dipotong sejak Isnin lalu.

"Kami sudah 'letih' untuk berbincang dengan mereka (pemaju), agak 'muak' mengadu kepada pihak yang bertanggungjawab, inilah cara yang difikirkan terbaik bagi menyuarakan penderitaan yang kami alami selama ini", jelasnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.