This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju berhutang, penduduk Golden Villa tanggung derita
02/11/2007 Sinar Harian Oleh Affaizul Majid

Ketiadaan air menyebabkan 4,000 penduduk di sini bagaikan 'pelarian' kerana segala aktiviti harian mereka terganggu kerana masalah yang dihadapi.

Klang: Sejak Isnin lepas penduduk di Golden Villa, Batu 4, Kampung Jawa hanya mengharap air dari tangki simpanan untuk melakukan aktivii seharian.

In semua berpunca daripada pihak SYABAS yang telah memotong bekalan air gara-gara pihak pemaju, Chong Hi n Development Sdn Bhd tidak melunaskan bayaran sebanyak RM64,000 kepada mereka.

Akibatnya penduduk sendiri yang menderita akibat sikap tidak bertanggungjawab pemaju apabila mereka kini semamkain hari semakin tertekan memandangkan air dalam tangki simpanan tidak mencukupi untuk menampung keperluan disini.

Rabu lalu, sekumpulan penduduk membuat perhimpunan secara aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hari mereka terhadap pemaju yang bagaikan bertindak 'kejam' kepada penghuninya.

Ketiadaan air menyebabkan hampir 4,000 penduduk disini bagaikan 'pelarian' kerana segala aktiviti harian mereka terganggu kerana masalah yang dihadapi.

'Pemaju memang tidak berhati perut dan degil!" ujar Setiausaha Persatuan Penduduk Kondominium Golden Villa, Daniel Abdullah merujuk kepada sikap pemaju yang tidah pernah menghadiri sebarang perbincangan dengan penduduk.

"Bukan saja hari ini - pemaju berkenaan telah menimbulkan pelbagai masalah sejak 4 tahun lepas dan ini menimbulkan pelbagai persoalan" rujuk Daniel kepada pangsapuri itu yang tidak mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CF) sejak mula didiami lagi.

"Kami pernah mengadu masalah ini kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Majlis Perbandaran Klang (MPK), wakil rakyat dan pelbagai saluran, namum hingga kini tiada pihak yang dapat membantu kami" ujar Daniel lagi.

Sikap pemaju juga dipesoal kerana beberapa kali tidak menghadiri perbincangan melibattkan wakil penduduk dan juga wakil rakyat di sini bagi menyelesaikan pelbagai masalah penyelenggaran di sini.

"Mereka "kebal", tiada pihak yang dapat mengambil tindakan kepada perbuatan mereka yang jelas menindas penduduk di sini," katanya lagi.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.