This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju digalak guna konsep BKJ
30/01/2007 Berita Harian

SERI KEMBANGAN: Kerajaan Negeri Selangor meminta syarikat pemaju perumahan yang besar di negeri itu menggunakan konsep ‘Bina Kemudian Jual’ (BKJ), untuk projek perumahan mereka di negeri itu pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, berkata beberapa syarikat perumahan sudah menunjukkan minat untuk menggunakan konsep ‘Bina dan Jual’ sebagai projek perintis mereka pada masa depan.

Beliau berkata, pemaju akan menikmati pelbagai kemudahan dan insentif apabila mengamalkan konsep itu seperti keutamaan dalam kelulusan pelan bangunan dan pengecualian bayaran deposit kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Pada kebiasaannya jika tanah yang dibangunkan itu melebihi 4 hektar ke atas kita akan mewajibkan pemaju terbabit membina rumah kos rendah. Tetapi sekiranya pemaju terbabit menggunakan konsep ‘Bina dan Jual’ mereka berkemungkinan boleh dipertimbangkan untuk tidak membina rumah kos rendah.

“Menerusi konsep ini pemaju boleh meletakkan harga untuk rumah berkenaan supaya mereka boleh menampung kos. Kawalan harga hanya membabitkan rumah kos rendah, sederhana atau separuh berkembar,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.