This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

GLC diminta pelopori BTS
23/01/2007 Kosmo

 

Hulu Langat - Persatuan Pembeli Rumah (HBA) mempelopori konsep bina and jual (BTS) 90:10 yang dicadangkan kerajaan pertengahan tahun lalu.

 

Penasihatnya, Datuk Seri Yeun Yuet Leg berkata, jika GLC sendiri 'takut' untuk melaksanakannya, ia akan memberi tanggapan negatif mengenai konsep itu.

 

"GLC seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd, (SPNB) sepatututnya menunjukkan teladan kepada pemaju swasta bagaimana untuk mengambil insentif yang disediakan kerajaan.

 

"Inilah yang menjadi penanda aras kepada semua pemain dalam industri pembinaan," katanya ketika merasmikan Taman Langat Ceria di sini kelmarin.

 

Beliau yakin, BTS 90:10 akan menguntungkan semua pihak yang terlibat iaitu pembeli, bank dan pemaju.

 

Melalui konsep berkenaan, pemaju perlu menyiapkan 90 peratus pembinaan projek perumahan sebelum boleh dijual bagi mengurangkan risiko ke atas pembeli.

 

Mengenai cadangan itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok yang turut hardir di majlis tersebut berpendapat, konse BTS 90:10 boleh menambah keyakinan pemebli rumah dan bank.

 

"Penjualan rumah yang 90 peratus siap memberikan pembeli dan bank harta fizikal berbanding konsep jual and bina apabila mereka terpaksa membiaya pembinaan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

 

"Ini membuatkan mereka terpaksa menanggung risiko yang tinggi seperti projek terbengkalai dan sebagainya. Melalui BTS 90:10, risiko itu dikurangkan apabila kos pembinaan ditanggung oleh pemaju," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.