This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Beli rumah hanya daripada pemaju berlesen
29/01/2007 KOSMO

 

Shah Alam - Mereka yang ingin membeli rumah kini mempunyai satu lagi langkah yang perlu dibuat selain melihat jenis kediaman, lokasi, harga dan sebagainya.

 

Bagi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, satu tugas tambahan itu ialah memeriksa terlebih dahulu sama ada pemaju terbabit mempunyai lesen.

 

"Pembeli boleh minta maklumat mengenai pemaju daripda kementerian. Ini bagi mengelakkan pembeli terus ditipu dan teraniaya apabila sesuatu projek perumahan terbengkalai atau sebagainya," katanya di sini semalam.

 

Katanya, pembeli juga boleh mendapatkan panduan mengenai cara-cara untuk memeriksa latar belakang pemaju berlesen itu, di laman web kementerian berkenaan.

 

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas aduan beberapa pembeli rumah di sini minggu lepas yang menyuarakan rasa tidak puas hati selepas kerja-kerja membina rumah yang diblei mereka terbantut apabila projek terbengkalai, dan pemaju projek itu pula didapati tidak mempunyai lesen.

 

Pemaju berkenaan bagaimana pun dikatakan sudah membangunkan enam projek perumahan disekitar Klang sebelum ini.

 

Menurutnya, kementerian memandang serius perkara itu dan dalam proses mengambil tindakan terhadap pemaju berkenaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.