This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Sebanyak 16 pemaju dihadapkan ke Mahkamah tidak mematuhi keputusan Tribunal

12/9/2006 Bernama.com

 

Petaling Jaya, 12 Sept (Bernama) - Sebanyak 16 pemaju telah dihadapkan ke mahkamah kerana tidak mematuhi keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk membayar pampasan kepada pembeli rumah, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting hari Selasa.

 

Tanpa menyebut nama pemaju itu, beliau berkata pemaju itu terpaksa dihadapkan ke mahkamah setelah didapati dengan sengaja tidak mematuhi keputusan tribunal itu, yang kebanyakan kerana melambatkan atau menangguhkan bayaran tersebut kepada pembeli rumah.

 

"Nama pemaju yang telah dihadapkan ke mahkamah akan disenaraihitamkan oleh kementerian itu," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Perumahan Kebangsaan anjuran Institut Strategi dan Kempimpinan Asia (ASLI) di Bandar Sunway, di sini.

 

"Pada peringkat akhir, jika kes itu hendak dibicarakan di mahkamah, sesetengah pemaju ini datang ke kementerian, malah sesetengahnya datang dengan pembeli rumah itu, meminta kita menggugurkan pertuduhan keran merekan akan membayar tetapi kita kata tidak.

 

"Kita beritahu mereka bahawa oleh kerana anda telah menunjukkan tidak hormat, kepada tribunal itu sekian lama dan membazirkan wang pembayar cukai, kita terpaksa menjadikan ini sebagai satu pengajaran kepada anda," katanya.

 

Ong berkata adalah menjadi satu kesalahan jenayah dengan tidak mematuhi keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.

 

Menteri itu juga berkata bahawa pindaan terhadap Akta Pemaju Perumahan, yang antaran lain akan meningkatkan bayaran siling untuk tuntutan yang didengar oleh tribunal itu, digandakan kepada RM50,000, yang dijanka siap untuk dilaksanakan pada tahun depan.

 

Pindaan itu akan melibatkan enam akta lain - hakmilik strata, jurutera, arkitek, perumahan, penyeragaman undang-undang kecil serta perparitan dan jalan pembangunan, yang semuanya di bawah jabatan dan kementerian berlainan.

 

"Semasa sesi sidang Parlimen, kita mungkin tidak mampu untuk membahaskan pindaan itu tetapi akan berusaha bagi membentangkangkan untuk bacaan pertama," kata beliau.

 

Tribunal itu ditubuhkan pada 1 Dis, 2002 untuk mendengar tuntutan pembeli rumah yang membabitkan harga rumah daripada RM25,000, dan mengikut statistik kementerian itu, terdapat 15.698 kes didaftarkan dengan tribunal itu sehingga 31 Dis tahun selepas.

 

Daripada jumlah ini, 14,360 atau 93% telah diselesaikan dan 90 peratus telah selesaikan dengan pemaju itu, dengan membayar pampasan yang diputuskan oleh tribunal berkenaan.

 

_Bernama

 

 

 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.