This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Banglo terbengkalai dikhuatiri jadi sarang penagih dadah
20/ 9/2006 Utusan Malaysia
 

Rawang 19 Sept. - Keadaan banglo terbengkali yang sunyi dan dipenuhi semak di Kampung Tersusun Kiai Haji Arshad, Batu 29 1/2, Jalan Batang Berjuntai, dekat disini, menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk sekitar.

 

Penduduk mendakwa, disebabkan kedudukannya yang agak tersorok dikhuatiri menjadi markas penagih dadah.

 

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, terdapat, hanya satu jalan masuk ke kawasan tersebut tetapi telah dipenuhi semak samun dan berlopak.

 

Berdasarkan pemerhatian, terdapat segelintir pemuda yang dilihat keluar masuk daripada kawasan tersebut dengan menaiki kereta dan motosikal.

 

Ketika melewati kawasan itu, kebanyakan dinding rumah telah dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun ia telah siap 70 peratus.

 

Keadaan kawasan yang menempatkan 30 unit banglo yang telah terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu, tidak ubah seperti kawasan perkuburan yang sunyi sepi.

 

Di sesetengah banglo, terdapat sisa binaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk. Tidak kurang juga kayu kerengka, siling bumbung dan sis binaan lain kelihatan bersepah seperti sampah sarap.

 

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, tempat tersebut sering dijadikan 'markas' untuk aktiviti kurang sihat sejak beberapa tahun lalu.

 

'Saya juga pernah terlihat kenderaaan yang dinaiki beberapa pemuda keluar masuk daripada kawasan tersebut, tetapi atas faktor keselamatan, saya tidak berani mengekori mereka," katanya.

 

Justeru dia berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis dapat memantau kawasan tersebut agar tidak dijadikan tempat menagih dadah.

 

"Saya pun tidak tahu status projek tersebut. Walaupun kontraktornya telah muflis, harap kawasan tersebut terus diberi perhatian kerana ia terletak di jalan utama.

 

"Keadaannya yang terpinggir, sunyi sepi dan dipenuhi semak benar-benar mencacatkan pemandangan kawasan sekitar," tegasnya.

 

Dia berkata, pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu apatah lagi kedudukannya terletak kurang dua kilometer dari Taman Agro Perhutanan Selangor yang menjadi produk pelancongan kebanggan negara.

 

Utusan Malaysia sebelum ini pernah menyiarkan tentang keperitan pembeli projek terbengkali tersebut.

 

Mereka mendakwa terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi bagi menjelaskan bayaran ansuran pinjaman rumah kepada pihak bank.

 

Ekoran kegagalan pemaju terbabit, pembeli turut merayu agar kerajaan dapat meneruskan projek tersebut sejak tanah itu dikurniakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada penduduk pada tahun 1980.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.