This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Sudah 20 tahun terbengkalai
20/08/2006 Kosmo Oleh Nurulanuar Mansor berita@kosmo.com.my

 

Penduduk dakwan menyakitkan mata, bahayakan keselamatan

 

Kajang - Jika penhujung ke Taman Padang Tembak, Sungai Kantan dekat sini sakit mata mellihat belukar yang 'merajai' empat blok rumah terbengkali di situ, apatah lagi bagi mereka yang menetap di kawasan berhampiran.

 

Kosmo! Ahad dalam tinjauan kesana semalam, diberitahu oleh penduduk projek fasa 2 yang hampir 80 peratus disiapkan itu terbengkalai sejak hampir 20 tahun yang lalu.

 

Walaupun ia tidak menjadi sarang penagih atau penyamun, keadaan blok-blok yang terbengkalai itu bagaikan duri di mata masyarakat setempat dan didakwa boleh membawa seribu satu bahaya.

 

Seorang penduduk yang ditemui, Kamisah Safar, 62, mengatakan projek berkenaan mula dibina diantara tahun 1985 hingga 1986.

 

"Khabarnya, projek tersebut menghadapi masalah teknikal dengan pihak Majlis Perbandaran Kajan (MPKj) menyebabkan kerja-kerja pembinaan dihentikan.

 

"Sejak itu, ia terbiar menantikan keputusan MPKj dan tindakan susulan pemaju sampailah anak pokok dah jadi besar lengan," dakwanya.

 

Bagaimanapupn, seorang lagi penduduk, Azlina Jaafar, 40, pula mendakwa, pemaju projek Fasa 2 Taman Padang Tembak yang terbengkalai itu masih berminat untuk meneruskan projek tersebut.

 

"Awal 2006 yang lalu, pihak pemaju ada datang membersihkan semak samu di situ, tapi sejak itu tiada pula tindakan lanjut daripada mereka.

 

"Apa yang kami harapkan, sesuatu dapat dilakukan untuk memperbaiki keadaan yang sudah 20 tahun menyakitkan mata kami," jelasnya.

 

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Man pula berpendapat, sepatutnya pihak-pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalh projek terbengkalai itu dengan segera.

 

"Takkanlah nak ambil masa 20 hingga 30 tahun nak selesaikan perkara ini sedangkan pemaju senderi jelas mahu menyiapkannya.

 

"Agaknya mungkin ada pihak yang mahu menjadikan kawasan ini hutan simpan, itu sebab mereka ambil masa lama untuk diselesaikan," sindirnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.