This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai pembeli mesti dibela

10/07/2006 Berita Harian

KITA sering terbaca di akhbar atau menonton televisyen mengenai keluhan pembeli berkenaan projek terbengkalai. Suami saya adalah salah seorang daripada ribuan pembeli yang terperangkap dalam keadaan ini.

Pembeli diibarat timun dan durian, digolek luka, menggolek juga luka. Di mana kesudahannya? Ada pembeli ditindas oleh pemaju dan bank.

Mana boleh tahan, setiap kali pemaju membuat tuntutan kepada bank atas kerja yang sudah disiapkan dan jika pihak bank lembap membuat bayaran, pembeli pula dikenakan denda. Walaupun bukan salah pembeli, mereka tetap dikenakan denda.

Tidak ke sakit pembeli? Memang pembeli boleh membuat tuntutan kepada bank di atas kelembapan mereka tetapi peratusan yang berjaya membuat tuntutan adalah satu per 1,000. Jika berjaya pun, jangka masa untuk menerima bayaran dalam masa sebulan dua itu pun selepas didesak pembeli berkali-kali.

Pembeli yang tidak berjaya membuat tuntutan terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membayar denda yang mencecah ribuan ringgit. Pembeli yang terseksa. Bukankah ini satu penganiayaan?

Walaupun projek itu terbengkalai, mahu tidak mahu pembeli kena juga menjelaskan ansuran bank seperti biasa dan tiada kompromi daripada bank atas projek yang terbengkalai. Pemaju pula mengambil jalan mudah dengan membubarkan syarikat apabila projek mereka terbengkalai atau gagal dan pengarah mereka terselamat daripada segala jenis tindakan undang-undang.

Kepada siapa boleh kita mengadu? Kerajaan? Kerajaan pun terkena dengan situasi ini. Tiada siapa pun boleh bertindak ke atas syarikat yang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Siapa akan membayar tuntutan pembeli jika syarikat tidak wujud lagi?

Akta syarikat menyebabkan pengarah terselamat daripada sebarang tindakan undang-undang jika mereka bersepakat membubarkan syarikat. Pembeli tidak boleh mengambil tindakan kepada pengarah kerana akta syarikat hanya membenarkan tindakan ke atas syarikat.

Jika syarikat dibubar maka secara automatik pengarah terlepas daripada tindakan. Maka pembeli menerima segala kemungkinan termasuk diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan pinjaman bank pada hal mereka hanya pembeli tidak terbabit langsung dengan projek berkenaan.

Orang bertanggungjawab atas projek terbengkalai terselamat dan pembeli menerima akibat sepenuhnya daripada projek terbengkalai itu.

ANTARA DIANIAYA,
Subang Perdana, Shah Alam.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.