This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Lulus cepat, tiada deposit insentif bina dan jual

09/07/2006 Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 8 Julai - Proses kelulusan cepat dan pengecualian deposit RM200,000 merupakan antara insentif menarik kepada pemaju perumahan yang berminat melaksana sistem `bina dan jual', kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Menurut beliau, jika sebelum ini pemaju perlu mengambil masa antara satu hingga dua tahun untuk proses kelulusan tukar syarat tanah hingga kelulusan pelan bangunan, insentif baru itu mungkin mengambil masa antara empat hingga enam bulan sahaja.

Katanya, deposit RM200,000 dan duti setem kepada setiap satu lesen pemaju perumahan akan dikecualikan bagi sistem baru itu dan dikekalkan kepada pemaju yang menggunakan sistem konvensional sedia ada sekarang.

“Kerajaan memang akan memberi insentif untuk pemaju jalankan sistem baru ini termasuk memberi kelulusan yang cepat secara pantas.

“Pemaju biasanya bermula dengan proses ubah syarat tanah kemudian pecah sempadan, kelulusan pelan susun atur, pelan bangunan, lesen kemajuan, permit iklan sampailah CFO (sijil kelayakan menduduki).

“Semua ini ambil masa jadi bagi sistem yang merupakan 10:90 diberi insentif kelulusan dalam masa singkat, barulah pemaju tertarik dengan sistem ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmi Perhimpunan Tahunan MCA Sabah di sini, hari ini.

Ka Ting berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan agensi berkaitan bagi menggariskan lain- lain insentif kepada pemaju bagi mengguna pakai sistem bina dan jual itu.

Ditanya mengenai bilakah sistem tersebut boleh dimulakan, beliau memberitahu, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi kerana melibatkan pindaan Akta Pemajuan Perumahan.

Beliau berkata, jika berlaku kenaikan harga rumah dengan sistem baru itu, ia tidak akan terlalu tinggi sehingga melebihi 50 peratus daripada harga pembinaan rumah menggunakan sistem lama.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.