This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Akta pemaju dipinda lagi
20/07/2006 Berita Harian Oleh Hidayah Mohammad

Tumpu dasar bina, jual rumah: Ong

KUALA LUMPUR: Akta Pemaju Perumahan 2002 akan dipinda sekali lagi untuk menggantikan Sijil Layak Menduduki (CFO), sekali gus membolehkan pelaksanaan dasar bina dan jual dalam urusan jual beli rumah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Kabinet terlebih dulu sebelum dibentangkan di Parlimen pada September ini.

Katanya, pindaan sebelum akhir tahun ini juga akan memasukkan beberapa perkara baru untuk menambah bidang kuasa Tribunal Perumahan serta membolehkan Tribunal Tuntutan mengendalikan kes bernilai sehingga RM50,000.

“Beberapa akta lain dalam kementerian juga akan dipinda bagi menjadikan akta ini lebih lengkap dan menjamin semua pihak, terutama pembeli sekali gus melaksanakan dasar baru itu yang diputuskan baru-baru ini,” katanya selepas menyampaikan hadiah Anugerah 10 Pemaju Hartanah 2006, di sini malam tadi.

Antara penerima anugerah berkenaan ialah Presiden Dunia bagi Persekutuan Hartanah (Fiabci) Asia Pasifik, Datuk Alan Tong Kok Mau; Presiden FIABCI-Malaysia, Datuk Teo Chiang Kok; Timbalan Presidennya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar; bekas Presiden Persatuan Perumahan dan Pemaju Hartanah (Rehda), Datuk Jeffrey Ng dan Setiausaha Agung Fiabci Asia Pasifik, Kumar Tharmalingam.

Anugerah diberikan kepada 10 pemaju terbaik yang menjadi antara senarai tangga teratas oleh akhbar perniagaan, The Edge.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemaju perumahan menjual rumah hanya selepas ia siap sekurang-kurangnya 90 peratus bagi memberi lebih perlindungan kepada pembeli serta mengelak projek terbengkalai.

Sebelum ini, Ong berkata, kira-kira 90 peratus pemaju masih tidak bersedia melaksanakannya kerana kebanyakannya tidak mempunyai modal besar dan memerlukan pembeli untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan bagi melaksanakan projek.

Sejak 2004 kerajaan menggalakkan pemaju mengadakan konsep 'bina dan jual' dengan memberi beberapa insentif.

Beliau juga berkata, kementerian berharap pemaju akan menggunakan dasar itu selepas ia digubal sepenuhnya bagi menjamin kepentingan pembeli serta menyokong dasar kerajaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.