This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek sakit 15 tahun pulih

Harian Metro 22/6/2006

SELOKA Gagah Sdn Bhd (Seloka Gagah), pemaju perumahan yang mengambil inisiatif membangunkan projek Taman Ulu Beranang di Selangor yang terbengkalai sejak 1980-an, berjaya memulihkan keseluruhan perumahan itu Mac lalu.

Syarikat mengambil alih projek berkenaan melalui satu jualan lelong pada 2000 dan menyelesaikan semua masalah berkaitan yang dihadapi pembeli asal termasuk masalah guaman dan teknikal.

“Selepas semua masalah berkaitan projek terbengkalai diselesaikan, syarikat dapat melaksanakan projek dengan teratur dan menyiapkan fasa satu membabitkan pembinaan 22 rumah teres pada 2003.

“Kemudian, syarikat menyiapkan fasa kedua projek itu membabitkan pembinaan enam kedai, 27 rumah teres, enam rumah berkembar dan sebuah banglo pada Mac lalu.

“Syarikat juga mendapatkan sijil kelayakan menduduki (CF) bagi semua jenis rumah yang dibina untuk penduduk. Jualan yang dibuka mendapat sambutan menggalakkan,” katanya dalam satu kenyataan syarikat yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pembinaan Taman Ulu Beranang membabitkan 46 unit rumah teres terbengkalai pada tahun 1980-an selepas bekas pemaju gagal memperoleh CF menyebabkan pembinaan awal 22 rumah teres yang sudah bermula ketika itu terhenti.

Keadaan itu berlarutan lebih 15 tahun menyebabkan pembeli tidak dapat rumah serta kawasan tapak projek dipenuhi semak, lalang dan belukar.

“Baki rumah yang ditawarkan memang terhad. Tempah segera kerana ia langkah bijak mempunyai kediaman sendiri atau untuk pelaburan. Harga jualan tetap pada kadar lama walaupun harga semua bahan pembinaan sudah naik,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Audrey Ho di 016-625 5086 atau Chow di 012-372 6198.

Menurutnya, semua rumah direka dan dibina dengan ciri istimewa untuk memberi kepuasan kepada pembeli. Antaranya, ruang pembinaan luas dan siling tinggi yang memberi cahaya dan pengaliran udara yang baik serta segar.

Ia dibina menggunakan batu-bata merah, lantai berjubin, berpagar tembok konkrit, pintu dan tingkap berbingkai keluli bagi menambah nilainya.

Katanya, Taman Ulu Beranang dikelilingi alam semulajadi hijau, bukit dan dusun buah-buahan. Lokasinya strategik dengan cawangan Universiti Norttingham England dan berhampiran Kuala Lumpur, Kajang, Putrajaya, Nilai dan Bangi.

Justeru, satu majlis penyerahan kunci dan CF akan diadakan pada 25 Jun ini (Ahad). Ia akan dirasmikan Adun Kawasan Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, Presiden Malaysia-Beijing Holding Sdn Bhd, Datuk Ng Kek Kiong dan Yang Dipertua Perbandaran Nilai, Noordin Mohd Yatib.

Turut diadakan pertandingan mewarna gambar untuk murid sekolah dan cabutan bertuah untuk pembeli rumah serta penyampaian derma kepada PIBG SK Ulu Beranang, SRJK(C) Yu Chai dan SRJK (T) Lenggeng.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.