This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

PKNS jawab aduan penduduk Flat Keramat Permai
Utusan 01/06/2006

 

KAMI merujuk aduan oleh Penduduk Flat, Taman Keramat Permai yang disiarkan dalam Forum, Utusan Malaysia 16 Mei 2006.

Projek yang mengandungi 480 unit dalam 12 blok rumah pangsa Taman Keramat Permai ini merupakan projek penswastaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ditawarkan kepada Jurubena Tenaga Sdn Bhd., pada 3 Jun 1985.

Tapak tanah bagi projek ini dimiliki oleh PKNS dan projek ini dimaju dan diselenggarakan oleh Jurubena Tenaga Sdn. Bhd. (JBT Sdn. Bhd.) sehinggalah ke hari ini.

Masalah yang dihadapi oleh pemaju (JBT Sdn. Bhd.) ialah kutipan wang selenggaraan bulanan amat berkurangan disebabkan ramai pemilik enggan membayar caj penyelenggaraan.

Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM10 sebulan iaitu lebih rendah berbanding caj yang kenakan oleh PKNS sendiri bagi rumah pangsa kos rendah di Taman Keramat. Secara purata setiap bulan hanya dianggarkan lebih kurang 20 peratus sahaja penghuni yang membayar wang selenggaraan kepada JBT Sdn. Bhd.

Dengan demikian perkhidmatan dan penjagaan 12 blok bangunan ini adalah amat sederhana, terutama bagi membaiki sebarang kerosakan di kawasan guna sama dan hak milik bersama seperti bumbung dan semua peralatan di luar unit rumah masing-masing.

Isu-isu mengenai hak milik strata dan cukai tanah akan diselesaikan oleh pihak pemaju. Namun masih ramai pembeli tidak membayar cukai tanah berkenaan kepada JBT Sdn. Bhd. Bayaran tersebut adalah untuk dibayar kepada Pejabat Tanah.

Berhubung ugutan dan amaran daripada pihak bank, sebenarnya isu ini tidak berkait dengan masalah penyelenggaraan. Ini ialah kerana setiap pembeli yang membuat pinjaman bank perlu membayar ansuran bulanan kepada bank. Kegagalan membayar ansuran dan bayaran tertunggak sudah tentu mendapat notis daripada pihak bank.

Mengenai kerja mengecat semula bangunan itu, JBT Sdn. Bhd., bersedia untuk mengecatnya jika tunggakan caj penyelenggaraan selama tiga tahun dapat diselesaikan penduduk.

- MOHD. WAZIR ABDUL GANI, Pegawai Akhbar, b.p Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.