This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penghuni Sri Ukay, Hillview bimbang

Berita Harian 5/6/2006

KUALA LUMPUR: Penduduk Taman Sri Ukay dan Hillview dekat sini, yang sebelum ini menyaksikan dua kejadian tanah runtuh meragut 56 nyawa sejak 1993, hidup dalam kebimbangan kerana masih berlaku kejadian tanah runtuh di sekitar kawasan berkenaan.

Kebimbangan mereka semakin memuncak selepas tragedi tanah runtuh di Kampung Pasir berhadapan Taman Zooview, Hulu Klang, yang terletak kira-kira 1.5 kilometer (km) dari perumahan mereka.

Seorang penduduk meminta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat kajian menyeluruh keselamatan kediaman mereka berikutan pergerakan tanah didakwa berlaku di sekitar termasuk Bukit Antarabangsa dan Taman Hillview.

Seorang penduduk, Nik Nafizal Nik Najib, 30, melahirkan kebimbangan itu berikutan masih ada projek pembangunan dilaksanakan di kawasan sekitar.

Katanya, walaupun tiada projek pembangunan di lereng bukit berdekatan Taman Sri Ukay dan Taman Hillview, pembangunan projek di sekitar boleh menyebabkan kawasan kediaman mereka terjejas.

“Pembangunan di kawasan cerun bukit di Hulu Klang sepatutnya diberhentikan selepas beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, MPAJ mengambil langkah proaktif bagi mengelak bencana di kawasan terbabit dengan melaksanakan pembinaan dan menaik taraf tembok penahan di Taman Hillview, berhampiran dua blok kondominium Highland Towers yang mana satu menara tumbang pada 1993.

Kerja di lereng bukit itu giat dilakukan pihak berkaitan bagi mengukuhkan cerun berkenaan.

Yahya Mokhtar, 74, yakin tembok penahan itu mampu mengelakkan tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku sebelum ini.

Tragedi pada 11 Disember 1993 menyaksikan Blok A pangsapuri 12 tingkat tumbang dan mengorbankan 48 nyawa manakala sembilan tahun kemudian, 300 meter dari kondominium Highland Towers, kejadian sama meranapkan banglo milik bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar sehingga mengorbankan enam ahli keluarganya dan dua pembantu rumah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.