This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk Taman Segar bimbang tanah runtuh

Utusan Malaysia 6/6/2006

KUALA LUMPUR 5 Jun - Lebih 100 penduduk Taman Segar, dekat sini berada dalam kebimbangan apabila tanah di kawasan perumahan mereka didapati terus mendap setiap hari.

Menurut mereka, keadaan akan menjadi lebih teruk apabila musim hujan kerana ia akan menghakis tanah di cerun bukit.

Pengarah Pusat Perkhidmatan MCA Bahagian Cheras, Dr. Jeffrey Goh Sim Ik berkata, tanah di cerun bukit juga mengalami rekahan serius sementara longkangnya mendap dan retak teruk.

Beliau berkata, longkang kecil yang berusia kira-kira 20 tahun di Taman Segar tidak mampu menampung kuantiti air yang banyak dari Bukit Segar.

Oleh itu katanya, untuk jangka pendek longkang tersebut akan dinaik taraf bagi mengelakkan banjir.

"Ia akan dilebar dan didalamkan supaya aliran air hujan lebih lancar sekali gus mengelakkan kejadian banjir serta tanah runtuh.

“Saya fakir menampal simen di bahagian yang retak tidak memadai sama sekali untuk jangka masa pendek dan kembali retak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memantau keadaan tanah dan longkang di kawasan perumahan Jalan Manis, Taman Segar, di sini kelmarin.

Tambah Jeffrey, satu tembok penghalang akan dipasang di sepanjang lopgkang itu bagi memastikan keselamatan penghuni terutamanya kanak-kanak yang keluar berjalan atau berjoging.

Dalam pada itu, Pembantu Teknikal Jabatan Kerja Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (JKA-DBKL), Manuel Jevaraj memberitahu, pihaknya akan memulakan kerja dalam tempoh seminggu hingga dua minggu lagi.

Sementara itu, seorang penduduk, Lee Fong Thye berkata, beliau mahu tindakan segera dilakukan bagi memastikan keselamatan penghuni di kawasan perumahan berkenaan.

"Walaupun pegawai DBKL telah dua kali ke tempat kejadian tetapi mereka hanya datang tengok tanpa kelihatan ada tindakan susulan yang sewajarnya.

"Jadi saya memaklumkan masalah ini terus kepada MCA kerana risau hakisan tanah di cerun bukit dan longkang akan bertambah serius," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Liew Swee Keong, 42, berkata hakisan tanah diper­cayai berlaku ekoran pembangunan yang masih dijalankan di Bukit Segar.

"Jika longkang tidak disiap dengan segera, berkemungkinan kami akan menghadapi tanah runtuh atau banjir lumpur.

"Selain itu sekumpulan monyet dan hutan berdekatan juga kerap berkeliaran dikediaman penduduk sehingga mengganggu dan merosakkan harta benda," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.