This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk kesal air dipotong kerana pemaju

Utusan 07/06/2006


PENDUDUK Bukit Sentosa 3 dan Bukit Beruntung 1, Hulu Selangor telah dikejutkan dengan penerimaan notis pemotongan bekalan air yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) pada 2 Jun 2006.

Notis yang seumpama ‘surat layang’ dan tidak ditandatangani oleh pengurusan Syabas, telah dihantar pada malam 1 Jun 2006 melalui wakil persatuan-persatuan penduduk di kawasan tersebut.

Notis tersebut memaklumkan bahawa bekalan air di kawasan Bukit Sentosa 3 dan Bukit Beruntung 1 akan dipotong berkuatkuasa pada 8 Jun 2006.

Alasan Syabas berbuat demikian kerana syarikat itu menanggung kerugian masing-masing sebanyak RM1.33 juta dan RM2.15 juta daripada syarikat Maxisegar Sdn. Bhd. (anak syarikat Talam Corporation Bhd.) dan Europlus Corporation Sdn. Bhd.

Oleh kerana kedua-dua syarikat tersebut, gagal menjelaskan bayaran kepada Syabas, maka Syabas telah bertindak memotong bekalan air di kedua-dua kawasan itu.

Tindakan Syabas ini amat dikesali dan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Wajarkah penduduk menjadi mangsa akibat kegagalan kedua-dua pihak menyelesaikan masalah mereka?

Apakah yang terjadi kepada penduduk di Bukit Sentosa 3 dan Bukit Beruntung 1 sekiranya Syabas benar-benar memotong bekalan air pada 8 Jun 2006?

Adakah kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo akan membiarkan sahaja kedua-dua pihak itu menganiayai rakyat di negeri yang berstatus maju?

Saya juga kesal dengan tindakan Majlis Daerah Hulu Selangor yang boleh mengeluarkan sijil layak menduduki dalam keadaan syarikat pemaju gagal menyediakan prasarana sistem pembekalan air yang sempurna di kawasan perumahan.

Akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab ketiga-tiga pihak iaitu pemaju, Syabas dan Majlis Daerah, penduduk telah dijadikan sebagai “kambing hitam”.

- M.YUSOF, Bukit Sentosa 3,Rawang, Selangor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.