This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk risau berlaku tanah runtuh

05/06/2006 Berita Harian

PUCHONG: Lebih 1,000 penduduk di Bandar Puchong Jaya, di sini, bimbang kejadian tanah runtuh seperti di Kampung Pasir, Hulu Klang minggu lalu akan berlaku di kawasan mereka yang kini diancam hakisan.

Setiausaha Persatuan Penduduk Jalan Tempua 16 dan 17, Bandar Puchong Jaya, Hew Siew Mei, 40, berkata, hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan hakisan semakin jelas berlaku di lereng bukit berhampiran kediaman mereka.

Katanya, tanda hakisan tanah yang ketara mula kelihatan sejak Sabtu lalu di sebuah bukit yang terletak hanya kira-kira 30 meter dari kediaman mereka, tanpa tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa.

“Kini lebih 1,000 penduduk kawasan perumahan ini bimbang kejadian lebih buruk seperti tanah runtuh mungkin berlaku sehingga menyebabkan kehilangan nyawa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, kebanyakan penduduk di kawasan itu juga bimbang projek pembangunan atas bukit yang diluluskan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu akan mengundang padah jika berlaku tanah runtuh.

Hew mendakwa, projek pembangunan yang diluluskan itu juga tidak mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan Selangor yang hanya membenarkan pembinaan rumah dua tingkat atau banglo di bukit berkenaan.

“Bukit itu yang melebihi ketinggian 100 meter dari paras laut dan cerun bukit melebihi 35 darjah hanya dibolehkan untuk pembinaan rumah dua tingkat dan bukan bangunan tinggi.

“Penduduk sudah mengemukakan bantahan kepada MPSJ yang meluluskan projek pembinaan itu tetapi sehingga kini kami menunggu maklum balas MPSJ mengenai pindaan yang mungkin dilakukan.

“Walaupun sudah beberapa kali surat dihantar kepada banyak pihak termasuk MPSJ bagi menyuarakan kebimbangan dan bantahan kami, namun tiada sebarang maklum balas diterima, apa lagi tindakan susulan.

“Penduduk juga belum dimaklumkan jika sebarang pindaan sudah dibuat terhadap status projek pembangunan itu sedangkan pihak pemaju kelihatan sudah rancak memulakan kerja pembinaan” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.