This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli rumah terbeban pemaju kenakan caj bayar lewat

Utusan Malaysia 09/06/2006

SAYA mencadangkan supaya Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia (BPP) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengkaji semula satu frasa pada muka surat 4, perkara Interest on late payment dalam dokumen Perjanjian Jual Beli Rumah iaitu Borang Schedule 9, Housing Development (Control and Licensing) Act 1966, Regulation 1989,
Regulation 11(1), Sale And Purchase Agreement (Land and Building).

Ini kerana sering berlaku di mana pihak pemaju mengambil kesempatan bagi mengenakan caj faedah tersebut kepada pembeli dengan alasan pihak BPP lambat membuat bayaran berperingkat seperti yang sepatutnya.

Caj faedah biasanya antara RM1,000-RM5,000 bergantung kepada nilai rumah yang dibeli. Sesetengah pemaju memberi potongan diskaun 10% hingga 50% bagi meringankan beban pembeli, tetapi enggan untuk memansuhkannya sedangkan mereka tidak terjejas apa-apa pun kerana pihak BPP telah membuat bayaran penuh kepada mereka, cuma lambat sedikit sahaja.

Dengan mengambil kes yang terjadi pada isteri saya seorang guru yang membeli sebuah rumah di Sungai Petani, kami dikenakan caj sebanyak RM2,100 dan telah diberi diskaun sebanyak 40%, akhirnya menjadi RM1,250. Selagi tidak dijelaskan, kunci rumah tidak akan diberi. Pada masa yang sama surat daripada BPP yang memaklumkan potongan gaji akan dibuat dari bulan Mei 2006.

Saya menghubungi pihak BPP, pegawainya menyatakan perkara itu selalu terjadi malah sudah sekian lama dan pibak BPP akan menghantar surat rayuan kepada pihak pemaju supaya memansuhkan caj faedah tersebut. Jika pemaju masih enggan, terpulanglah pada peminjam untuk membuat sebarang tindakan atau keputusan termasuklah membuat aduan kepada pihak KPKT.

Kesudahannya demi sebuah rumah impian dan gaji yang akan mula dipotong, pembeli akan terpaksa membayarnya walaupun perit dan kecewa, termasuklah kami. Kepada pihak BPP dan KPKT, carilah jalan penyelesaian secepat mungkin.

GHAZ, Sungai Petani.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.