This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju cuai aspek penyelenggaraan

Kosmo 19/6/2006

PULAU PINANG - Kebimbangan ribuan penduduk di blok 7, Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas di sini nyata berasas apabila satu lagi insiden membabitkan nyawa penduduk ekoran kealpaan pihak pemaju.

Terbaru, enam sekeluarga yang tinggal di tingkat enam nyaris maut apabila sebuah kotak fius elektrik yang terletak di depan pintu rumah meletup dan terbakar kira-kira pukul 2 petang kelmarin.

Fauziah Zain, 36, yang kebetulan bersama keluarganya baru pulang dari sebuah pasar raya menyedari sesuatu tidak kena berlaku apabila terhidu bau hangit yang kuat sebelum membuka pintu rumahnya.

"Saya arahkan anak-anak duduk di tangga sampil mencari dari mana datangnya bau tersebut bersama suami.

"Bagaimanapun, waktu berpatah balik ke arah tangga yang terletak cuma beberapa kaki daripada kotak fius terbabit, satu letupan kuat berlaku," katanya.

Letupan tersebut disusuli api yang membakar kotak fius terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk, Mat Pozian Rashid berkata, punca kebakaran itu masih menjadi teka teki.

"Tenaga Nasional Berhad (TNB) kata bukan kesilapan mereka sebaliknya, ia dipercayai kecuaian pihak pemaju dan perkara ini amat dikesali kerana penduduk membayar wang perkhidmatan penyelenggaraan setiap bulan," tegasnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.