This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju baru ambil alih projek rumah

Berita Harian 30/6/2006

SEREMBAN: Pembeli projek perumahan Taman Senawang Jaya Fasa 1C yang terbengkalai sejak 23 tahun lalu diminta menghadiri majlis menandatangani surat akujanji dengan pemaju baru di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, di sini esok.

Majlis bermula jam 9 pagi itu akan disusuli sesi penerangan oleh pemaju baru, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang diberi tanggungjawab membaik pulih dan meneruskan projek.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat dan Perkhidmatan SPNB, Ida Fatima Joseph, berkata perjanjian adalah untuk mendapatkan persetujuan pembeli bagi menyambung semula kerja pembinaan.

"SPNB memerlukan persetujuan daripada 70 peratus pembeli bagi membolehkan projek disambung semula membabitkan kerja baik pulih 96 unit rumah teres setingkat yang dihentikan pembinaannya sejak hujung 1983," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai majlis yang dijadual turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Woo Ah Lek itu, pembeli boleh menghubungi SPNB, di 03-20523890/03-20523952.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.