This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Minta Syabas pasang segera meter air

Utusan 08/06/2006


KAMI adalah pembeli rumah yang dibangunkan oleh syarikat pemaju Lestari Puchong Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembinaan yang dikendalikan oleh Europlus Berhad iaitu satu lagi anak syarikat Talam Corporation Bhd.

Mengikut syarat perjanjian, rumah teres dua tingkat di kawasan Lestari Puchong (berdekatan Pasar Borong Selangor) dijangka siap dua tahun selepas perjanjian jual beli ditandatangani iaitu pada pertengahan 2005.

Bagaimanapun, kelewatan telah berlaku dan surat penyerahan kunci hanya dikeluarkan pada Disember 2005. Namun sehingga kini, 24 unit rumah yang dinyatakan masih belum boleh diduduki disebabkan meter air masih belum dipasang oleh pihak Syabas.

Adalah difahamkan oleh pihak Talam Corporation, terdapat sedikit masalah antara syarikat pemaju dengan pihak Syabas yang menyebabkan meter air tidak dapat dipasang.

Apa yang menghairankan, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah pun mengeluarkan Sijil Layak Menduduki Sementara pada Disember 2005.

Di sini, saya ingin memohon pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan menyegerakan pemasangan meter air kami. Janganlah disebabkan ada masalah antara pemaju dan pihak Syabas, maka kami pembeli menjadi mangsa.

Sudahlah lewat menerima kunci, rumah yang dibeli masih tidak dilengkapi dengan meter air. Yang menjadi tanda tanya kami, mengapa 24 unit meter air sukar sangat dibekalkan?

Jika penghuni lambat menjelaskan bayaran bil air, pihak Syabas tidak teragak-agak untuk memotong bekalan air. Dan buat pemaju, Talam Corporation, jika pembeli lewat bayar, penalti dikenakan, tetapi apabila pemaju lewat menyiapkan projek, pelbagai helah mereka gunakan.

- PEMBELI KECEWA, Lestari Puchong, Selangor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.