This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

LAPORAN KE KABINET
06/06/2006 HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula pelan pembangunan di lereng bukit berhampiran rumah penduduk Taman Bukit Mas, Hulu Klang di sini, yang dikemukakan pemaju sebelum membuat sebarang keputusan rasmi.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata pihaknya akan membuat kajian menyeluruh membabitkan pelbagai aspek termasuk keselamatan, fizikal tanah, alam sekitar dan sebagainya.

Menurutnya, laporan awal akan dikemukakan kepada Kabinet dan dijangka akan dibentangkan pada minggu ini untuk mendapatkan pandangan dan arahan daripada Perdana Menteri.

"Kajian awal mendapati pelan pembangunan di kawasan ini diluluskan DBKL pada 1990 dan terpaksa ditangguhkan berikutan tragedi Highlands Tower.

"Kita meminta perunding mengkaji semula projek pembinaan di lereng bukit kerana ia mempunyai kecerunan melebihi 35 darjah membabitkan keluasan 0.81 hektar. Justeru, mereka sedang mengkaji kesesuaian projek pembangunan dijalankan di kawasan ini.

"Buat masa ini kita tidak membenarkan pemajuterbabit menjalankan kerja-kerja pembinaan sehingga keputusan rasmi dibuat," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di kawasan lereng bukit di Taman Bukit Mas, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Abdul Hakim Borhan; Setiausaha Parlimennya, Yew Teong Look; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ruslin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Ad-Hoc Penduduk Bukit Mas, Datuk mohd Rosli Aziz.

Abu Seman berkata, kementeriannya akan menubuhkan Jawatan Alam Sekitar yang dianggotai beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi meneliti pelbagai aspek teknikal pembangunan tanah.

Sementara itu, Ruslin berkata, pemaju yang ingin membangunkan projek di kawasan lereng bukit, diwajibkan mematuhi Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) sebelum diluluskan.

 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.