This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Konsep 'bina dan jual' untuk pemaju besar - Najib
Kosmo 23/06/2006

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam bersetuju melaksanakan konsep 'bina dan jual' bagi projek perumahan, namun ia mungkin hanya diwajibkan terhadap syarikat pemaju besar.

Ini kerana konsep baru yang menetapkan syarat bayaran muka 10 peratus dab baki 90 peratus selepas rumah siap, mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh syarikat pemaju kecil dan sederhana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemaju yang tidak mampu boleh meneruskan amalan sedia ada.

"Kaedah sekarang tidak dimansuhkan kerana pemaju perumahan yang kecil dan sederhana kemungkinan tak mampu menggunakan kaedah bina kemudian jual," jelas beliau.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-54 di sini semalam, beliau memberitahu, insentif juga akan diperkenalkan untuk menarik minat pemaju menerima pakai konsep 'bina dan jual'.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting menjelaskan, insentif yang sedang dikaji ialah mempercepatkan proses-proses kelulusan dan pengecualian deposit RM200,000 untuk memohon setiap lesen pembinaan.

Konsep itu akan diperhatikan selama dua tahun bagi mengetahui kelemahan dan kelebihannya sebelum tindakan menambah baik sistem dilakukan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.