This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kes Bukit Mas ke Kabinet

06/06/2006 Kosmo

KUALA LUMPUR - Isu pembangunan projek di Bukit Mas, Hulu Klang, kini dikaji semula oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan laporan awal akan dibentang ke Kabinet esok.

Bagi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hasan, walaupun DBKL telah memberi kelulusan kepada projek tersebut, ia belum dilaksanakan.

"Tindakan itu bagi memastikan projek tersebut tidak menjejaskan keselamatan penduduk yang mendiami 224 rumah dan apartmen di kawasan sekitarnya.

"Kita belum benarkan pemaju mulakan projek tetapi kelulusan perancangan telah diberikan pada 1990," katanya kepada pemberita semasa melawat tapak projek itu semalam.

Projek itu menarik perhatian ramai berikutan kedudukannya berdekatan Kampung Pasir, lokasi tragedi tanah runtuh yang mengorbankan empat sekeluarga minggu lalu.

Ruslin berkata, laporan lengkap lawatan itu akan dimaklumkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebelum dimajukan kepada Perdana Menteri menerusi mesyuarat Kabinet.

Mengenai projek di kawasan lereng bukit, Ruslin berkata semua pembangunan di kawasan itu wajib mematuhi Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum ia diluluskan.

Katanya, sebanyak 74 unit rumah, 50 pangsapuri dan 24 Town Villa dijangka dibangunkan di kawasan itu oleh Lian Hoe Contracting Sdn. Bhd. bermula Oktober ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.