This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Heret pemaju ingkar ke TTPR-MPKj

Kosmo 17/6/2006

KUALA LUMPUR – Para penduduk yang berhadapan masalah dengan pemaju yang enggan memenuhi jaminan 18 bulan selepas menerima rumah baru mereka disaran mengemukakan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

Demikian penjelasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berhubung masalah penduduk Pangsapuri Bayu Suria, Taman Impian Ehsan, Kajang yang berhadapan dengan masalah struktur bangunan retak.

Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, Shariman Mohd. Nor berkata, tindakan itu boleh diambil kerana bangunan tersebut masih dalam tanggungjawab pemaju.

"Perkara ini (jaminan 18 bulan) termaktub dalam perjanjian jual beli antara pembeli dan pemaju.

"Pemaju tidak boleh lepas tangan dan boleh dikenakan tindakan mahkamah," katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu KOSMO!melaporkan kebimbangan penduduk terhadap struktur asas bangunan Pangsapuri Bayu Suria, Taman Impian Ehsan di sini yang retak dan sikap pemaju yang berdolak dalik dalam menanganinya.

Sementara itu, Shariman memberitahu, MPKj melalui Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan Pembangunan telah meninjau permasalahan tersebut hasil aduan penduduk.

"Namun begitu apa boleh dilakukan ialah mengarahkan pemaju mengambil tindakan yang selanjutnya," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.