This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Hasrat penduduk berkecai

Kosmo 19/6/2006

KUALA LUMPUR - Penduduk Pangsapuri Kos Sederhana Taman Jinjang Baru di sini terpaksa melupakan sahaja hasrat mendapatkan hak milik strata rumah mereka dalam tempoh tiga bulan ini.

Masalah timbul kerana Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan tidak dapat meluluskan permohonan itu kerana mendakwa, pemaju Titi Kaya Sdn. Bhd. gagal melengkapkan dokumen berkaitan.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Yee Poh Ping berkata, perkara itu diketahui setelah Jawatankuasa Penduduk menemui pegawai di jabatan berkenaan pada 7 Jun lepas.

"Justeru, penduduk memutuskan untuk mengemukakan surat kepada Pejabat Tanah bagi mengetahui butir-butir dokumen yang masih belum dilengkapkan.

"Seterusnya, dokumen itu akan diserahkan kepada pemaju supaya permohonan tersebut dapat diteruskan," katanya ketika majlis dialog mengenai isu strata antara pembeli dan pemaju Taman Jinjang Baru semalam.

Walau bagaimanapun, dialog itu hambar apabila wakil pemaju tidak kelihatan atas alasan bimbang reaksi penduduk pangsapuri berkenaan yang mungkin di luar kawalan.

KOSMO! sebelum ini melaporkan, wakil pemaju berjanji akan memberikan hak milik strata kepada penduduk dalam tempoh tiga bulan setelah penantian mereka selama 15 tahun untuk memperoleh hak milik itu tidak kesampaian.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.