This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Hasil kajian keselamatan Bukit Mas tak lama lagi

22/06/2006 Berita Harian

PUTRAJAYA: Hasil kajian semula bagi menentukan status keselamatan projek perumahan kawasan cerun di Bukit Mas, Hulu Klang di Kuala Lumpur dijangka diketahui sedikit masa lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique berkata Jawatankuasa Sensitif Alam Sekitar yang ditubuhkan selepas kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Klang pada 31 Mei lalu akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

“Jawatankuasa ini akan memantau dan selepas kajian kita akan keluarkan kenyataan sama ada projek Bukit Mas dapat diteruskan.

“Ia (kajian) mengambil masa antara tiga dan empat bulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan perkhidmatan Bas NGV Nadiputra daripada Pengerusi Eksekutif Nadicorp Holdings Sdn Bhd, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh, di Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini semalam.

Lima bas diserahkan sebagai sebahagian daripada tempahan oleh Perbadanan Putrajaya bagi menampung operasi harian perkhidmatan bas Nadiputra.

Keseluruhannya, Perbadanan Putrajaya menempah 55 bas baru termasuk 51 menggunakan gas asli (NGV) dan baki akan dihantar secara berperingkat sebelum akhir tahun ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya yang juga Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.

Zulhasnan juga berkata jawatankuasa itu dianggotai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Labuan dan agensi kerajaan lain.

Kajian semula kelulusan yang diberikan kepada sebuah syarikat bagi melaksanakan projek perumahan itu dilakukan DBKL.

Sebelum ini, kelulusan projek di kawasan lereng curam yang hanya kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan mencetuskan keresahan penduduk.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.