This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Duduk 100 tahun pun tiada pampasan

Kosmo 7/6/2006

KUALA LUMPUR - "Walau mereka telah duduk tempat itu 100 tahun sekali pun, mereka tetap tidak layak tuntut apa-apa pampasan."

Demikian ketegasan dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Amin Nordin Abd. Aziz.

Beliau yang dihubungi KOSMO! ditanya sama ada DBKL akan melayan sebarang tuntutan pampasan daripada mangsa tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Klang baru-baru ini yang kebanyakannya rakyat Indonesia berketurunan Kerinchi.

Tegasnya, DBKL tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan itu dasar kerajaan terhadap pendatang asing.

"Kami akan serahkan hal ini seterusnya kepada Imigresen kerana mereka lebih berhak tentukan urusan pendatang asing," ujarnya.

Amin Nordin turut memberitahu, DBKL akan terus memantau dari semasa ke semasa perkembangan dan pergerakan tanah terutamanya di sekitar Hulu Klang.

Kebanyakan mangsa tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Klang itu melibatkan warga Indonesia yang telah menetap di situ kira-kira 20 tahun lalu.

Tanah runtuh di Kampung Pasir itu adalah yang kelima sejak 13 tahun di sekitar kawasan tersebut selepas tragedi Highlands Tower pada 1993.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.