This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

DBKL kaji semula kelulusan projek di cerun Bukit Mas

06/06/2006 Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 5 Jun - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula kelulusan yang diberi kepada sebuah syarikat bagi melaksanakan projek perumahan di kawasan cerun di Bukit Mas, Hulu Klang, di sini.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hasan berkata, sama ada projek perumahan itu diteruskan atau sebaliknya akan diketahui selepas satu kajian terperinci meliputi pelbagai aspek mengenai perkara itu selesai dijalankan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, maklumat awal menunjukkan hanya 16 peratus daripada keluasan tapak pembangunan seluas 0.8 hektar itu tidak boleh dimajukan kerana mempunyai kadar kecerunan cerun melebihi 35 darjah.

Tambahnya lagi, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique dengan segera.

“Saya yakin Datuk Seri Sharizat akan membentangkan usul ini dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan cerun di Bukit Mas di sini hari ini, yang dikatakan akan dimajukan Oktober ini.

Sebelum ini, tindakan pihak berkuasa tempatan itu meluluskan projek di kawasan berlereng curam yang hanya kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan mencetuskan keresahan penduduk di situ.

Lebih membimbangkan, kawasan perumahan mereka terletak hanya kira-kira 400 meter dari Kampung Pasir, Hulu Klang, yang meragut nyawa empat orang termasuk dua kanak-kanak dalam tragedi tanah runtuh minggu lalu.

Ruslin berkata, pihaknya akan membuat kajian menyeluruh mengenai kesan sampingan pembangunan kawasan tersebut kepada persekitaran dan penduduk berhampiran bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.