This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Bina tembok atau tragedi berulang

Kosmo 07/06/2006

SEPANG - Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Khir Toyo berkata, Taman Zooview dan kawasan sekitarnya yang terletak berhadapan kawasan tragedi tanah runtuh Kampung pasir, Hulu Klang, menghadapi ancaman lebih buruk sekiranya tembok penahan tidak dibina secepat mungkin.

Beliau berkata pihak berkuasa mahu pemaju terbabit menyegerakan pembinaan tembok berkenaan bagi memastikan keselamatan penduduk.

Pemaju projek perumahan, di Ukay Bestari, yang diarah mempercepatkan pembinaan tembok penahan, mendakwa mereka tiada peruntukan dan meminta kerajaan negeri memberi bantuan kewangan sekiranya ia mahu dipercepatkan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Siri 1/2006 di sini, semalam.

Kerajaan negeri bagaimanapun tidak akan melayan permintaan pemaju berkenaan kerana mereka perlu bertanggungjawab atas projek terbabit, katanya.

Mohamad Khir berkata, pemaju terbabit sebelum ini telah dinasihatkan oleh Institut Kerja Raya Malayasia(Ikram) membina tembok berkenaan bagi menahan cerun bukit di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Walaupun tembok dibina, namun akibat kelewatan pembinaannya iaitu setahun kemudian, selain tidak menepati spesifikasi pembinaan seperti yang diarahkan, tembok itu runtuh dalam tragedi Kampung Pasir Rabu lepas yang mengorbankan empat orang, termasuk dua kanak-kanak.

Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri telah meminta Ikram menjalankan siasatan di kawasan terbabit termasuk ke atas cerun dan kawasan runtuhan, terutama di Taman Zooview sebelum mengambil tindakan lanjut.

Berikutan tanah runtuh itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada Ahad lepas mengeluarkan notis kepada penduduk taman itu supaya mengosongkan rumah masing-masing.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.