This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

46 projek rumah terbengkalai di NS

 30/06/2006 Kosmo

SEREMBAN-Sebanyak 46 projek perumahan dikenal pasti masih terbengkalai di negeri ini dengan ada di antaranya berlarutan sejak 20 tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Woo Ah Lek memberitahu, kebanyakan projek itu terbengkalai disebabkan pemaju berdepan masalah kewangan.

Menurutnya, pemaju terbabit tidak mampu menyiapkan projek walaupun sudah mencapai kemajuan 40 hingga 70 peratus.

"Kita akan pastikan semua projek baru berjalan lancar bagi memastikan pembeli tidak tertipu dengan pelbagai janji manis pemaju,"katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Ah Lek, kerajaan negeri akan berusaha memulihkan projek perumahan terbengkalai itu secara berperingkat-peringkat dengan Syarikat Perumahan Negara (SPNB) atau pemaju asal yang berupaya meneruskan kerja tersebut.

Selain itu, katanya Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) akan memantau setiap projek perumahan yang dibina di negeri ini bagi memastikan hak pembeli terpelihara.

"Saya harap pembeli bagi projek terbengkalai bekerjasama dengan UPKT kerana kerajaan negeri komited memulihkan setiap projek berkenaan.

Kerja-kerja memulihkan projek terbengkalai terbengkalai mengambil sedikit masa kerana perlu dibuat dengan teliti dan terpaksa melalui aspek perundangan,"katanya.

Pada masa ini, pihaknya sedang memulihkan projek perumahan Taman Senawang Jaya fasa 1C dekat sini, membabitkan rumah teres kos sederhana yang terbengkalai lebih 20 tahun.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.