This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

15 penghuni terdedah tanah runtuh

Berita Harian 30/6/2006

MELAKA: Lima belas penghuni di tiga rumah dekat kaki bukit Kampung Jalan Pantai, Telok Mas di sini, terdedah kemungkinan tanah runtuh jika usaha mengekang limpahan air hujan dari parit besar atas bukit bersebelahan tidak dilakukan segera.

Kampung Jalan Pantai terletak di kawasan tanah rendah dan tiga rumah terbabit yang terletak di kaki bukit sering dinaiki air yang melimpah keluar dari parit besar atas bukit terbabit setiap kali hujan.

Parit besar itu adalah sebahagian daripada sistem perparitan Taman Mas, sebuah taman perumahan yang dibina atas bukit berkenaan.

Seorang penghuni, Mahmud Buang, 36, berkata, apabila hujan lebat, air melimpah turun seperti air terjun serta membanjiri halaman rumahnya.

"Masalah ini sebenarnya sudah berlaku sejak tujuh tahun lalu. Pada mulanya tidaklah serius sangat seperti sekarang, namun sejak kebelakangan ini keadaan semakin buruk. Kami terpaksa menambak halaman rumah dengan pasir serta batu kerikil untuk mengelakkan daripada mendap.

"Paling kami bimbang adalah jika parit besar pecah. Ini kerana sebahagian daripada konkrit dalam parit sudah mula retak dan ada yang pecah, tetapi masih boleh mengalirkan air.

"Jika bahagian itu pecah, bukan saja tiga rumah ini yang akan terbabit malah satu kampung yang didiami lebih 200 penduduk mengalami banjir atau mungkin berlaku tanah runtuh," katanya.

Sementara itu, Zainal Khan Sher Mohd Khan, 58, kesal terhadap reaksi pihak berkuasa serta wakil rakyat kawasan itu kerana perkara berkenaan sudah diadukan sejak dua tahun lalu, namun tiada tindakan diambil.

"Kini mengadu masalah ini kepada banyak pihak, daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), wakil rakyat sehinggalah kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun tiada tindakan diambil.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.