This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Resah berjirankan projek sakit

05/05/2006 Kosmo

KLANG - Lagi isu projek perumahan terbengkalai!

Kali ini dialami oleh penduduk di Karnpung Nelayan, Telok Gong apabila projek rumah pangsa di ternpat mereka yang masih belum siap sejak tujuh tahun lalu menimbulkan pelbagai masalah.

Selain didakwa menjadi punca banjir akibat sistem perparitan tidak sempuma, kawasan sekitarnya juga ditumbuhi semak dan mencetuskan masalah keselamatan.

Ini kerana jarak antara projek perumahan tersebut dengan rumah penduduk sekitar hanya 50 meter.

Saliran yang tidak sempuma daripada projek perumahan tersebut menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir dengan sempuma sehingga menyebabkan banjir.

Tinjauan KOSMO! ke tapak projek berkenaan mendapati, kerja-kerja pembinaan sudah diteruskan tetapi perkembangannya perlahan kerana hanya ada beberapa orang warga asing sahaja kelihatan di situ.

Projek itu mempunyai lima blok bangunan dan sebuah lagi dalam proses menanam cerucuk.
Seorang penduduk, Amnah Karnain, 54, berkata, projek itu kurang menyenangkan penduduk kerana punca utama banjir kilat dan air lumpur.

Banjir lumpur, katanya, mengalir memasuki rumah hingga ke paras buku lali dan menyukarkan mereka membersihkan lantai rumah dengan lumpur yang tebal.

"Ada juga beberapa lubang yang telah digali untuk menanam cerucuk tetapi sudah dilitupi semak dan berbahaya.

"Kami cukup bimbang kalau ada orang khususnya kanak-kanak yang bermain di kawasan semak itu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Azmi Ismail, 32, pula memberitahu, mereka sudah sakit mata dan hati berjirankan projek yang entah bila akan siap.

"Bukan sabaja semak, tapak projek itu juga berbahaya kerana tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.